Friday, April 17, 2009

BATU KARANG / BATU HEMPEDU

Salam kepada semua pembaca di blog ini. Nama saya Aris umur 44 tahun. Saya mahu berkongsi pengalaman dan membantu juga berniaga kecil kecilan dari segi perkhidmatan info.
Pada tahun 2008 selepas hari raya puasa saya diserang sakit perut, dalam masa yang sama air kencing warna nya menjadi keruh sedikit. Saya mendapatkan rawatan diklinik terdekat. Doktor mengesyaki ada batu karang, ubat tahan sakit serta antibiotik dan ubat kencing kotor dibekalkan kepada saya.
Selepas seminggu, ketika tidur saya diserang lebih teruk oleh penyakit batu karang ni. Lebih kurang pukul 3 pagi saya terkejut dari tidur, sakit perut yang teramat sangat. Rasa nak buang air besar tapi tak boleh. Air kencing pula warna nya amat keruh kehitam hitaman. Aduh! tak boleh berdiri lurus, tak boleh berjalan, tapak tangan dengan kaki dah sejuk dan kebas, kepala dah pening. Buat panggilan kecemasan tapi jawapan yang diterima amat kecewa "KAMI X TAU DIMANA ALAMAT NI, JADI PIHAK KAMI X DAPAT HANTAR AMBULAN". Macam ni ke KECEMERLANAGAN PERKHIDMATAN JABATAN KECEMASAN???...Tolong bagi perhatian sikit!!!..Jadi saya minta bantuan jiran hantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. Terus masuk wad kecemasan ambil contoh air kencing kemudian suntik dengan tahan sakit dan diberi rehat. Selepas 2 jam doktor datang bagitau saya kena tahan diwad untuk rawatan lanjut. Lepas masuk wad kena makan pain killer, hingga nak berjalan pun tak boleh sebab rasa macam dilambung ombak laut (kesan ubat pain killer tadi).
Imbasan ultrasound menunjukan ada batu karang disebelah kanan buah pinggang. 2 hari diwad saya jadi rimas kerana asik rawatan yang sama kemudian jadi bahan uji kaji doktor2 pelatih dan jururawat2 pelatih. Letih wo! nak rehat aje ada pelatih2 yang datang. Bila saya berkeras nak balik doktor suruh sign atas tanggung jawab dan risiko sendiri. Saya sign aje lah. Tarikh temujaji berikutnya diberi untuk rujuk kes saya ke pakar pembedahan. Lagi lah risau saya dibuat nya, tapi apa nak buat saya tiada pilihan! Ubat dari hospital dibekalkan kepada saya.

Bayangkan lah organ dalaman kita akan dirobek dan dipotong buang oleh doktor bedah sekiranya mereka dapati ianya perlu dilakukan. Risiko lain yang tidak kita ketahui untuk jangkamasa pendek dan panjang akibat pembedahan. Ada seorang hamba allah ni (perempuan) salah satu buah pinggang dia dah lembik dan x boleh berfungsi akibat pembedahan batu karang. Dia menasihati saya ikhtiar cara lain. Aduh!! menakutkan....





lihat video klip pembedahan batu karang (ringkasan)

Kebetulan adik saya beritahu ada seorang hamba Allah ni boleh keluarkan batu karang tanpa pembedahan. Dalam hati saya merungut entah apa2 lah adik saya ni merepek. Tapi selepas dia pujuk dan menceritakan pasal testimoni jadi saya pun setuju lah, kalau tak betul pun saya tak rugi sbb perubatan tu dilakukan dari luaran sahaja.
Ketika berubat hamba Allah ni sapu krim diperut saya, bahagian buah pinggang sebelah kanan kemudian dia suruh saya berselawat sambil jari nya menarik sesuatu keluar dari perut sebelah kanan, terasa perut seperti dicubit. Hamba Allah ni tunjuk dan beri kepada saya sebutir batu sebesar hujung jari kelingking yang bergigi sambil masuk kan ke dalam peket plastik kecil yang lutsinar. Saya halakan kearah lampu dan nampak ada kesan wap dalam peket plastik tersebut.
Saya tak puas hati dan menganggap apa yang berlaku pada saya tu adalah silap mata. Masa dalam perjalanan balik saya terus singgah dan cari doktor yang rawat saya sebelum ni dan tunjuk kan batu tu. Tanpa menceritakan apa yang berlaku saya minta dia buat pengesahan adakah itu batu karang?..Mengikut kata doktor tersebut batu yang saya tunjuk itu adalah salah satu jenis batu karang yang biasa terdapat pada mereka yang mengidap batu karang. Saya masih tak puas hati!
Saya hentikan pengambilan ubat, belum cukup sebulan simptom penyakit batu karang mula terasa semula. Saya pergi lagi jumpa hamba Allah ni, saya bertanya kenapa simptom masih berlaku lagi selepas batu karang tempohari dikeluarkan?..Hamba Allah ni beritahu batu karang yang ada pada saya bukan sebiji, dia cuma boleh keluarkan hanya sebiji dalam satu masa disetiap bahagian yang sakit pada setiap pesakit. Saya cuba berbual dengan pesakit pesakit lain diluar yang menunggu giliran, memang agak ramai jugak yang datang berulang. Setelah 4 kali ulangan yang saya buat (4 biji dikeluarkan disebelah kanan dan sebiji disebelah kiri), ultrasound dibuat semula, WOW!!! TIADA LAGI BATU KARANG!!! dan hingga hari ini 19april 2009 saya bebas aktif seperti biasa.
Baru baru ni pada 16hb april 2009 appointment dengan pakar SOPD di hospital Seremban, dari ultrasound terbaru didapati saya ada "fatty liver" dan batu dalam hempedu pulakkkk!!!. Doktor nasihatkan saya jalani pembedahan buang hempedu kerana batu banyak dan berselerak, jadi sukar untuk lakukan pembersihan. Saya minta tangguh beri jawapan dan masa balik dari hospital saya terus pergi kerumah hamba Allah ni dengan isteri saya. Saya ceritakan pada dia masalah terbaru saya tapi saya tak beritahu status batu dalam hempedu tu. YA ALLAH! mmg betul batu batu yang dikeluarkan tu pecah pecah dan berselerak tapi saya dikehendaki datang semula sbb masih ada lagi batu dalam hempedu. Tak kisah la janji saya dapat selamatkan hempedu saya ni..Giler hempedu nak dibuang! lagi banyak penyakit yang akan datang dikemudian hari nanti.

lihat videoklip pembedahan batu karang dihempedu, ini baru sebiji, kalau banyak mesti hancur hempedu dibuat nya, sbb tu la doktor bedah kata buang terus hempedu.